Powered By Blogger

iKLaN

KoRaNG NaK CaRi aPe?

Pages

My ViDeo..eNJoY WaTCHiNG

1st ViDeo
2nd ViDeo

Saturday, February 19, 2011

BJU XXXX YaNG BiaDaP

BJU XXXX itu apa?
* itu no plat kereta orang.

kereta apa itu?
* Myvi

kenapa dengan kereta tersebut?
* Owner dia sangat biadap.




6 February - Ahad : Bentong, aku dan keluarga dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari menghantar pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. Pada masa itu jalan yang menuju ke Kuala Lumpur sangat sesak dan betul-betul menguji kesabaran seorang pemandu (adikku).

Oleh kerana sesak dan tidak sabar adikku ikut memotong kiri barisan dan menjadikan kereta kami yang terakhir memotong kiri. Ikutkan memang salah tapi keadaan & tempat memaksa.

Adikku cuba memotong kereta Myvi tapi tidak dibenarkan lalu adikku memberi laluan kepada Myvi itu. Mungkin kerana marah dengan kami pemandu Myvi itu merapat lalu melanggar cermin sisi kereta kami. Kami terkejut dengan tindakan pemandu Myvi tersebut.

Pemandu myvi telah menghalang kami, lalu keluar dari keretanya dan marah. Adikku telah meminta maaf dan tidak diterima. Pemandu myvi tidak dapat menerima lalu meludah pada kereta kami. Aku yang terkejut dengan perbuatan pemandu myvi tergamam sebentar???? syaitan apa yang telah merasuk ke dalam dirinya..

Astagfirullah..semoga perjalanan pemandu Myvi selamat ke tempat yang di tuju. Amin~





...Bersabarlah kerana setiap orang yang bersabar akan disayangi Allah. Berbuat baiklah sesama manusia..


untuk renungan bersama

"Semasa kamu diam dan bersabar mendengar cacian orang, malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula (membalas caci maki), malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu."
(Hadis Riwayat Ahmad)



1 comment:

  1. kunjungan gan.,.
    bagi" motivasi.,.
    Kegagalan tidak seharusnya membuat kita rapuh .,.
    tapi justru itulah cambuk kita menuju kesuksesan.,.
    di tunggu kunjungan balik.na gan.,.,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...